Di antara lagu-lagu dendangan Srikandi .....
Mukasurat Pertama

Biodata

Koleksi Gambar

Gambar lagi

Pencapaian

Hubungi Kami

Links

Lyriks

Guest Book


Liriks nyanyian awok-awok sahaja diberi....

Saringan Teck Ghee 95

Si Nelayan kerdil berjiwa raja
Berputik impian bertahta di minda
Tersimpulnya cita tiada terlerai
Membelah lautan mencantas badai
Ke arah pulau kencana

Saringan Boon Lay 95

Yang perih melahirkan, Yang jerih membesarkan
Yang sakit melahirkan, Yang perit membesarkan
Peluh ketika melahirkan...keringat ketika membesarkan
Itu yang dirasakan kedua-dua insan

Finals Boon Lay 95

Anak-anak siapakan yang leka menangkap haruan
Anak-anak siapakah yang basah bermandi hujan
Anak-anak siapakah yang terlupa makan
Anak-anak siapakah yang menggigil kesejukan

Saringan Gema 1996

Bukannya reka-rekaan kisah kembara khayalan
Menjelajah 7 petala langit...juga 7 lautan
7 benua bercantuman beralaskan pertanyaan
Di manakah letaknya rahsia bumi bergegaran

Finals Gema 1996

Seiring jalan sepanjang persaudaraan
Sebilah Taming sari sepatah titah sultan
Sekelip mata segalanya bertaburan
Setiakah namanya itu atau penghianatan

Saringan Tampines West Ahai Asyiknya Berdikir 97

Sumpah Mahsuri itu lagenda
Sumpah Sultan Mahmud tujuh keturunan Bintan bermuntah darah
Sumpah Deruma Tanggang serupa batu berhala
Sumpah Wira Adnan untuk negara

Finals Tampines West Ahai Asyiknya Berdikir 97

Sekarang dengarkanlah cerita tok selampit ku
Negeri Anak Berdaulat dengan Negeri Teko Utama
Yang dahulunya dibawah satu naungan satu tuanku
Kini terpisah menjadi dua negara sebelah-menyebelah

Saringan Perdana 97

Sayang dayang empat warna berjalan berlenggang²
Riang berdodang dendang senda selang berselang
Tiba-tiba datang melayang-melayang
Secarik kertas purba dalam suasana riang

Semi Finals Perdana 97

Selisihkanlah darimu sayang... hai Awang Dayang
Janganlah diulang tayang bebayang watak gelanggang
Kisah Kaduk termahsyur terbilang menang sabung kampung melayang
selisihkan Awang..selisihkan Dayang... janganlah diulang



Ayer Rajah 98

Semalam kita bak merpati terbang sejoli
Kasih menggunung membelai pelangi
Membina istana intan baiduri
Berdua bercinta bersumpah sejati

Saringan Boon Lay 98

Bukan Si Pinang bukan kepayang
Bukan diidam dibuang sayang
sayang-sayang ahai yang terlarang
Kepingin kau pegang walhal dipantang

Finals Boon Lay 98

Siapa dia yang matanya berkaca
Siapa dia yang bicara seharum syurga
Siapa dia yang bergelar wanita
Siapalah dia yang bernama ibunda

Saringan Tampines Central 99

Dialah sinar suria bahagia
Bukan pembawa duka dan lara
Dia penjaga mawar istana lama
Dia wanita ciptaan sempurna

Finals Tampines Central 99

Tidur anak, tidurlah manja
Tidur sayang, ibu nyanyikan
Tidur anak, tidurlah nyawa
Tidur sayang, ibu dodoikan

Semi Finals Perdana 2000

Alahai sayang... terlalu asyik bersembang
Berdekah-dekah ahai hingga hari petang
Santung dah hilang dek bahang berbincang
Bak musyawarah agenda pun dibentang

Perdana Saringan 2000

Sayang anakku sayang mari ibu nyanyikan
Nyanyi lagu yg indah lenalah dalam dodoian
Sayang anakku sayang mari ibu hayunkan
Kasih sayang ku curah buaiku hayun perlahan

Finals Perdana 2000

Bukan srikandi menggelungsur pelangi
Turun bersiram di tasik dimuka bumi
Tak berkuda sembrani tiada bersakti
Srikandi Tun Fatimah kau ratu hati

 


Terima kasih atas bimbingan Abg Zainal(2D) dan Abg Zaidy Nandir....iklas dari Sitti Mariam
Abg Zaidy mula membimbing saya dlm bidang seni suara di arena dikir barat pada tahun 1995....
Kemudian, hadir pula Abg Zainal yg membimbing saya hingga terbentuk nada suara dan lenggok nyanyian saya hari ini...